Tarikh Semakan: 23 Desember 2021
Revision Date
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE
Untuk Pelanggan, Pembekal Perkhidmatan dan Rakan Perniagaan
For Customers, Service Providers and Business Associates
Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd termasuk kesemua cawangannya di seluruh Malaysia komited dalam memastikan maklumat peribadi setiap pelanggan adalah dilindungi. Notis pemberitahuan ini adalah sebagai pemberitahuan bagaimana pihak kami mengendalikan dan memelihara segala maklumat peribadi pelanggan dan ianya adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi yang telah digariskan di dalam Akta 2010 (Akta 709).
Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd including its branches in Malaysia is committed to keep individual information of people (“customers and clients”) protected and secured. We trust this Notice causes you realise how we handle the individual information about our data subjects that we gather and how data subjects can control our revelation of such information. Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd is subject to the Personal Data Protection Act 2010 and this Notice seeks to outline how we intend to deliver all the rights and protections and on what data subjects are entitled to.
Keselamatan Maklumat Peribadi
Security of Personal Information
Keselamatan maklumat setiap pelanggan kami adalah kepentingan kami. Kami melindungi maklumat peribadi pelanggan kami samada secara fizikal mahupun secara elektronik dengan mengadakan prosedur yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut garispanduan tertentu. Pihak syarikat juga melatih dan sentiasa memberi kesedaran kepada setiap kakitangan akan privasi dan kepentingan Keselamatan Maklumat Peribadi yang diproses untuk tujuan transaksi komersial yang dikongsikan dengan pihak ketiga.
The security of individual information about you is our importance. We secure this information by keeping up physical, electronic, and procedural protections that meet or surpass material laws. We train our representatives in the best possible treatment of individual information. When we utilize 3rd parties to give services to us, we expect them to ensure the privacy of individual information that is transmitted to them.
Apakah Maklumat Peribadi yang dikumpulkan dan cara pengumengumpulannya?
What personal data we collect and how we collect your data?
Maklumat peribadi adalah merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu tertentu samada secara langsung atau tidak langsung, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat tersebut dan maklumat lain dalam milikan Line Clear Express & Logistics, yang mana ianya termasuk sebarang maklumat peribadi yang sensitif, luahan pendapat, video rakaman yang dibuat melalui kamera pengawasan keselamatan litar tertutup (CCTV) yang diletakkan atas sebab keselamatan dan rakaman audio tentang individu tersebut.
Personal data refers to any information that relates directly or indirectly to an individual, who is identified or identifiable from that information or from that and other information in the possession of Line Clear Express & Logistics, including any sensitive personal data and expression of opinion, video recordings made through close circuit security surveillance cameras placed for security reasons and audio recordings about the individual.
Jenis maklumat peribadi yang pihak kami kumpul dari pihak pelanggan untuk tujuan komersial yang berkaitan adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, butiran hubungan lain, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan seperti pendapatan atau butiran cukai pendapatan, kad pengenalan atau pasport, tempat kelahiran, sejarah kredit dan sejarah transaksi.
The types of personal data we collect may include, but is not limited to your name, address, other contact details, age, occupation, marital status, financial information such as your income, or income tax particulars your identity card or passport, place of birth, credit history and your transaction history.
Kegagalan pihak pelanggan untuk memberikan maklumat peribadi boleh menyebabkan Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd tidak dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berterusan.
Failure to provide such personal data/sensitive personal data may result in Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd being unable to provide you with effective and continuous products and services.
Butiran maklumat peribadi pelanggan yang diperlukan oleh syarikat adalah diperolehi melalui:
Line Clear will collect your personal data through below:
- Apabila anda melanggan salah satu perkhidmatan/produk kami atau mengaktifkan akaun dengan kami.
When you subscribe one of our services/ products or activate an account with us.
- Apabila anda mendaftar di laman web Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd
When you register at Line Clear website.
- Apabila anda menghubungi mana-mana entiti/wakil Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd dengan pelbagai pendekatan contohnya, borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon dan perbualan dengan kakitangan kami di ibu pejabat/cawangan. Sekiranya anda menghubungi pihak kami atau kami menghubungi anda menggunakan telefon, kami mungkin menyaring atau merakam panggilan telefon tersebut untuk tujuan pengesahan kualiti, latihan dan keselamatan.
When you contact any of Line Clear Express & Logistics entities/ representatives through different approaches for example, application forms, emails and letters, telephone calls and conversations you have with our staff in a HQ/ branch. In the event that you reach us or we get in touch with you utilizing phone, we may screen or record the telephone call for quality affirmation, training and security purposes.
- Kami juga mungkin memperolehi maklumat anda apabila anda bekerjasama dalam memberi maklumbalas untuk tinjauan pelanggan atau apabila anda bersetuju menerima untuk menyertai mana-mana kempen/pertandingan promosi kami.
We may likewise acquire your own information when you take an interest in client surveys or when you agree to accept to join any of our promotion campaigns/ competitions.
- Apabila kami memperoleh sebarang maklumat daripada pihak lain yang diluluskan (contohnya pejabat rujukan kredit, pejabat pentadbiran dan penguatkuasaan, organisasi pengambilan perkerja, pemilik perniagaan, sekolah, kolej dan perwakilan yang sah).
When we acquire any information and data from approved external parties (for example credit reference offices, administrative and enforcement offices, recruitment organizations, business owners, schools, colleges and legitimate delegates).
Tujuan pengumpulan maklumat peribadi:
The purposes for collecting your personal data:
Tujuan data peribadi dikumpul dan diproses selanjutnya bergantung pada jenis hubungan anda dengan kami dan/atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami. Data peribadi anda boleh digunakan untuk tujuan berikut:-
The purpose for which personal data is collected and further processed depends on the nature of your relationship with us and/or our third-party service providers. Your personal data may be used for the following purposes: –
- Proses permohonan pelanggan untuk membuka akaun untuk sebarang produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
To process applications for open your account with us for any product and services.
- Untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui pihak ketiga/agensi kredit yang diluluskan.
To verify your financial position through a 3rd party/approved credit agencies.
- Untuk mengurus penyimpanan rekod dan penyelenggaraan akaun dan kemudahan anda.
To manage internal record keeping and maintain your account and facility.
- Untuk tujuan analisis dalaman untuk mengkaji keberkesanan inisiatif pemasaran, tinjauan pasaran, analisis statistik dan pemodelan, pelaporan, audit dan pengurusan risiko, mengelakkan penipuan dan sebarang tujuan lain yang berkaitan dengan operasi perniagaan.
For internal analysing purposes to study our marketing initiative effectiveness, market survey, statistical analysis and modelling, reporting, audit and risk management, avoid fraud and any other purposes relating to business’ operations.
- Untuk tujuan pemasaran langsung dan juga tele-pemasaran.
For direct marketing and telemarketing purposes.
- Untuk menjawab pertanyaan & aduan.
To respond to inquiries & complaints.
- Untuk tujuan lain seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai atau dengan persetujuan pihak anda.
For such other purposes as permitted by applicable law or with your consent.
Pendedahan maklumat peribadi
Disclosure of your personal data:
Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan. Akan tetapi, maklumat peribadi tersebut mungkin akan diberikan kepada pihak ketiga yang melaksanakan khidmat dan aktiviti tertentu bagi pihak Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd untuk tujuan sepertimana di bawah:-
Your personal data will be kept confidential but such personal data may be provided to third parties who carry out functions on Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd behalf with whom we have contractual agreements for some of our functions, services and activities for the purposes set out below: –
- Menyediakan maklumat kepada rakan kongsi penghantaran yang diluluskan, (pengangkutan Laut/ Udara/ Darat)
Providing data to approved delivery partners, (Sea/ Air/ Land freight)
- Menyediakan maklumat kepada perkhidmatan kewangan, (Insurans)
Providing data to financial services (Insurance)
- Menyediakan maklumat kepada pembekal Khidmat Pelanggan
Providing data to Customer Service providers
- Menyediakan maklumat kepada penasihat perniagaan yang profesional dan juruaudit luar
Providing data to business professional advisors and external auditor
- Menyediakan maklumat kepada pembekal sistem Pangkalan Data
Providing data to Database system providers
- Menyediakan maklumat kepada rakan kongsi gerbang pembayaran dalam talian
Providing data to Online payment gateway partners
- Kepada mana-mana ahli gabungan perniagaan kami di dalam dan luar Malaysia yang berhubung dengan Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd
To any of our affiliates in and outside Malaysia who is/are connected to Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd
Pendedahan maklumat anda adalah termasuk pertukaran maklumat yang dibuat ke mana-mana tempat di luar Malaysia, oleh yang demikian anda telah bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan/produk yang diperlukan oleh pihak anda, dan untuk pelaksanaan sebarang komitmen yang terikat secara sah dengan Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd.
The revelation of your information may include the exchange of your own information to places outside of Malaysia, and by giving us your own information you consent to such an exchange where it is required to give you the services/ products you have asked for, and for the execution of any legally binding commitments you have with Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd.
Kami mungkin berkongsi maklumat anda untuk Perlindungan kami dan Perlindungan Orang Lain.
We may share your information for our Protection and the Protection of Others.
Pihak kami berhak untuk mendedahkan maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi seperti yang dikehendaki oleh undang-undang bilamana kami percaya bahawa pendedahan tersebut adalah perlu untuk melindungi hak kami dan/atau mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah atau proses undang-undang yang dinyatakan di Laman Web kami; penguatkuasaan atau menggunakan Dasar Privasi ini, Syarat Penggunaan Laman Web kami atau perjanjian lain; atau melindungi hak, harta atau keselamatan Laman Web, Penggunanya atau lain-lain.
We reserve the right to disclose your personally identifiable information as required by law and when we believe that disclosure is necessary to protect our rights and/or comply with a judicial proceeding, court order, or legal process served on our Website; enforce or apply this Privacy Policy, our Website Terms of Use or other agreements; or protect the rights, property or safety of the Website, its Users or others.
Hak Anda
Your Rights
a) Hak untuk memintan untuk mendapatkan capaian kepada maklumat peribadi
Right to request access to personal data
Anda berhak untuk meminta untuk mendapatkan capaian kepada maklumat peribadi anda yang diproses oleh pihak kami dengan mengemukakan notis bertulis yang munasabah dan kami akan memberi maklumbalas kepada anda dalam masa 14 hari bekerja.
You are entitled to request access to your personal data that is processed by us with reasonable written notice and we will revert within 14 working days.
b) Hak untuk meminta pembetulan maklumat peribadi
Right to request correction of personal data
Anda berhak untuk meminta untuk membuat pembetulan ke atas maklumat peribadi anda yang ada dalam pengkalan data kami dengan mengemukakan notis bertulis yang munasabah. Dengan ini, anda boleh:
You are entitled to request the correction of your personal data that is held by us with reasonable written notice. With respect to this, you may:
- meminta untuk membuat pembetulan dan/atau mengemas kini maklumat peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk; dan
request correction and/ or update of your personal data that is inaccurate, incomplete or out-of-date; and
- meminta untuk memelihara maklumat peribadi anda hanya selagi ianya diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas.
request retention of your personal data only as long as necessary for the fulfilment of the Purpose stated above.
Aduan dan Pertikaian
Complaints and Disputes
Jika anda mempunyai sebab tertentu bahawasanya pihak kami telah melanggar prinsip seperti yang dinyatakan dalam notis ini, kami menggesa anda untuk mengemukakannya kepada kami.
If you have reason to believe that we have breached the principles as laid out in this notice, we urge you to raise it with us.
Keutamaan Privasi Anda dan Cara Menghubungi Kami:
Your Privacy Preferences and How to Contact Us:
Adalah diingatkan bahawa pihak kami akan melindungi maklumat peribadi anda tanpa mengira keutamaan privasi anda.
Please remember that we will protect your personal data regardless of your privacy preferences.
Sekiranya: (a) anda ingin mengetahui maklumat lanjut, atau membangkitkan sebarang pertanyaan tentang Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd dan Notis ini, anda boleh: –
If: (a) you wish to find out more information, or raise any specific or general concerns about Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd and this Notice, you may: –
Tel/Call: 016-501 5050
Email: customerservice@lineclearexpress.com
Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd berhak untuk menolak sebarang permintaan anda untuk mendapat capaian dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Maklumat Peribadi anda dengan sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang yang selaras dengan risiko privasi anda
Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd has the right to refuse your requests to access and/or to make any correction to your Personal Data for reasons permitted under the law, such as the expense of providing access to you is disproportionate to the risks to your privacy.
Polisi ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan pihak kami berhak untuk meminda, mengubah dan/atau mengubah Polisi ini dari semasa ke semasa. Pemberitahuan tentang perubahan akan dimaklumkan kepada anda melalui mana-mana medium komunikasi yang sesuai atau melalui laman web kami. Sekiranya berlaku konflik antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Polisi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
This Policy is subject to changes and we reserve the right to amend, alter and/or vary this Policy from time to time. Notification of changes would be made known to you through any suitable medium of communication or through our website. In any event of conflict between the English and Bahasa Malaysia language versions of this Policy, the English version shall prevail.